News

14 Days Paternity Leave for Fathers

Posted on 04 March 2002
 

Press Statement, 21 February 2002

14 Days Paternity Leave to Fathers

Kenyataan Akhbar - 14 Hari Cuti Tanpa Rekod Ketika Isteri Bersalin

Women's Aid Organisation (WAO) supports MTUC's proposal to the government to grant 14 days leave without record to husbands whose wives are in their confinement period (Utusan Malaysia, 21 February 2002, page 9). It recognises the importance of the father's active participation in the process of child birth and nurturing, and promotes an equal partnership between the woman and the man in a relationship. This move is timely as more and more men are breaking gender roles by taking on active responsibilities for the caring and nurturing of their children.

Both partners have an equal responsibility in parenthood, and the children will undoubtedly benefit from shared care and attention from both the father and the mother. A harmonious family can only be achieved with a balance of power within the family, and we have to recognise that the role of nurturing and caring for a child does not belong solely to the mother, but to the father as well. Not only that, the husband would be able to provide support and help for the wife during the initial stages of confinement when she is recuperating. In fact, WAO would like to see the paternity leave for husbands be extended to one month for a fuller participation in the process.

 


Kenyataan Akhbar, 21 Februari 2002

14 Hari Cuti Tanpa Rekod Ketika Isteri Bersalin

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyokong usul yang dikemukakan oleh MTUC kepada kerajaan bagi membolehkan suami yang bekerja di sektor swasta bercuti 14 hari tanpa rekod ketika isteri bersalin(Utusan Malaysia, 21 Februari 2002, m/s 9). Usul ini memberi penekanan terhadap pentingnya peranan seorang bapa dalam penjagaan dan pengasuhan anak-anak di dalam sebuah keluarga dan ia juga turut menggalakkan perkongsian tanggungjawab bersama antara ibu dan bapa. Tidak dinafikan bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting dalam membesarkan anak-anak mereka. Usul ini adalah betepatan dengan waktunya kerana semakin ramai lelaki yang merubah peranan tradisional gender dengan memainkan peranan yang lebih aktif di dalam pengasuhan anak - anak di sesebuah keluarga.

Anak-anak juga akan mendapatkan manfaat dari penjagaan dan perhatian dari kedua-dua ibubapa mereka. Keluarga yang bahagia hanya dapat dipupuk sekiranya wujud keseimbangan kuasa di dalam keluarga tersebut.

Kita perlu memberi pengiktirafan bahawa penjagaan dan tanggungjawab mengasuh anak-anak tidak hanya terhad kepada ibu tetapi harus dipikul bersama oleh bapa.

Bukan setakat itu sahaja, bapa juga perlu memberi sokongan dan pertolongan yang sewajarnya kepada ibu di saat-saat kelahiran dan tempoh pemulihan kesihatan ibu. WAO juga, pada masa jangka panjang, ingin melihat usu l14 hari cuti tanpa rekod bagi bapa ini ditambah kepada satu bulan untuk memastikan partisipasi penuh oleh bapa dalam proses tersebut.

Jaclyn Kee
Communications Officer/Pegawai Komunikasi
Women's Aid Organisation



«  Back