News

Maklumat Tentang Keganasan Terhadap Wanita

Posted on 19 June 2001
 

KEGANASAN TERHADAP WANITA

Apakah Keganasan Terhadap Wanita?
Kategori-kategori Utama Keganasan Yang Berlaku Terhadap Wanita.

Apakah Keganasan Terhadap Wanita?

Keganasan Terhadap Wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki.

Keganasan Terhadap Wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ianya juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka.
 

Keganasan Terhadap Wanita adalah satu jenayah, dan melanggar hak-hak asasi manusia.

Prinsip-prinsip berkenaan mengenai Keganasan Terhadap Wanita mesti diteliti:

  • Keganasan Terhadap Wanita adalah lebih berdasarkan kepada kuasa dan kawalan.
  • Tiada wanita yang berhak dipukul sama sekali. wanita mempunyai hak penting untuk merasa selamat.
  • Lelaki mesti dipertanggungjawabkan untuk sikap ganas mereka.
  • Sistem Kehakiman Jenayah mesti mempunyai respon yang bersesuaian untuk isu Keganasan Terhadap Wanita.
  • Keganasan Terhadap Wanita tidak mempunyai justifikasi samaada dari aspek sosial, budaya atau ekonomi.
  • Setiap individu di mana-mana sahaja mesti tidak boleh bertoleransi tentang sebarang tindakan keganasan terhadap wanita.

Kategori-Kategori Utama Keganasan Yang Berlaku Terhadap Wanita

Keganasan Terhadap Wanita bukan hanya tertakluk kepada penderaan fizikal.
 

Penderaan Psikologi dan Emosi

Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri.
 

Penderaan Fizikal

Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal.
 

Penderaan Seksual

Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.
 

Penderaan Sosial

Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar.
 

Penderaan Kewangan

Seorang wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.



«  Back