News

Keganasan rumah tangga kesalahan boleh tangkap, polis mesti tahu undang-undang

Posted on 17 October 2014
 

 Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)

 

Kenyataan akhbar, 16 Oktober 2014

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Yu Ren Chung, Pegawai Advokasi

renchung.wao@gmail.com03 7957 5636

 

Keganasan rumah tangga kesalahan boleh tangkap, polis mesti tahu undang-undang

 

Kami merujuk kepada artikel yang diterbitkan dalam The Star pada 12 Oktober 2014 yang bertajuk “Wanita diserang suami sewaktu bersolat”, dimana Fadzilah Ismail dilaporkan dipukul oleh suaminya selama tiga jam.

 

Artikel tersebut melaporkan bahawa “Ketua Polis Daerah Kangar Supt Abdul Rahman Mohd Noordin menyatakan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes dengan sengaja menyebabkan cedera.” Ketua Polis Daerah juga dilaporkan menyatakan “Tiada tangkapan telah dilaksanakan buat masa ini kerana perintah mahkamah diperlukan terlebih dahulu.” Kami di WAO amat bimbang dengan kenyataan ini.

 

Perintah mahkamah tidak diperlukan untuk menangkap seseorang yang disyaki melakukan keganasan rumah tangga.

 

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah dipinda pada tahun 2012 untuk menjadikan kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga kesalahan boleh tangkap (tanpa memerlukan perintah mahkamah). Jika seseorang yang disyaki pelaku kesalahan keganasan rumah tangga mengancam keselamatan seseorang mangsa, si pelaku boleh dan patut ditangkap.

 

Tidak dilaporkan sama ada perintah perlindungan sementara (IPO) telah diberikan kepada Fadzilah. Kami amat berharap Fadzilah telah mendapatkan IPO. IPO adalah dokumen penting yang melindungi mangsa keganasan rumah tangga daripada penderaan lanjut. IPO memaklumkan kepada seorang pelaku bahawa dia tidak boleh bertindak ganas, termasuk ancaman. Pihak polis boleh bantu memperolehi IPO untuk mangsa keganasan rumah tangga dalam masa 24 jam dari laporan polis.

 

Apabila berfungsi dengan betul, pihak polis berdiri di antara mangsa dan keganasan lanjut. Pihak polis hendaklah jelas memahami tugas-tugas mereka dalam menangani kes-kes keganasan rumah tangga.

 

Atas sebab itu, WAO amat menanti-nantikan terbitan “Dokumen Kerjasama Inter-agensi Bagi Menanganikan Kes Keganasan Rumah Tangga”. Dokuman Kerjasama ini menghuraikan tugas-tugas pihak polis serta agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat dalam usaha menangani kes-kes keganasan rumah tangga. Kami menerima dengan baik komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melancarkan Dokumen Kerjasama ini pada 25 November 2014, yang merupakan Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Sedunia.

 

Kita mestilah bekerjasama untuk menamatkan keganasan rumah tangga. Kami menggesa orang ramai untuk memanggil talian bantuan kami di 03 7956 3488 jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami penderaan, atau SMS TINA di 018 988 8058 untuk berbincang dengan seorang rakan.

 

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyediakan perkhidmatan rumah perlindungan, bantuan sosial dan kaunseling untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga serta mengadvokasikan hak asasi wanita. Hubungi talian bantuan kami di 03 7956 3488 jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami penderaan, atau SMS TINA di 018 988 8058 untuk berbincang dengan seorang rakan. Bersama-sama, kita mengubah kehidupan.



«  Back