News

Kempen Kesedaran Keganasan Rumah Tangga “#NoExcuseForAbuse” Menangi Effie

Posted on 10 October 2014
 

 Kempen Kesedaran Keganasan Rumah Tangga “#NoExcuseForAbuse” Menangi Effie

 
“#NoExcuseForAbuse”, sebuah kempen yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan TBWA\ Kuala Lumpur, dinamakan sebagai Pemenang Perak bagi Anugerah Effie Malaysia. Para pemenang diumumkan minggu lepas di sebuah majlis di Petaling Jaya.
 
“Ini adalah kali pertama kami mengadakan kempen sebegini. Kami telah sediakan pameran seni di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan rumah tangga,” kata Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif WAO.
 
“Kami berada di pusat-pusat membeli-belah, sekolah-sekolah, dan restoran-restoran. Kami mengunjungi negeri Selangor, Melaka, Sabah, Kelantan, dan juga Kuala Lumpur. Kami juga adakan pengumuman khidmat awam di radio dan bekerja dengan Ahli Parlimen wanita untuk menyebarkan mesej kami di media sosial.
 
Sebagai sebahagian kempen ‘#NoExcuseForAbuse’, WAO juga melancarkan TINA – bantuan talian SMS khas untuk mangsa keganasan rumah tangga yang pertama di Malaysia.
 
Sejak dilancarkan pada Mac 2014, 169 orang wanita telah menggunakan perkhidmatan TINA. “Sesetengah orang wanita mungkin tidak bersedia untuk bercakap dengan orang lain tentang masalah yang mereka hadapi tetapi mereka selesa berbual melalui SMS. Perkhidmatan ini adalah untuk mereka,” kata Kristine Yap, pegawai advokasi WAO.
 
Pameran-pameran seni yang diadakan telah memaparkan suara mangsa-mangsa keganasan rumah tangga melalui blaus-blaus yang dijahit dengan kata-kata mereka. Setiap blaus menggambarkan fikiran seorang mangsa sewaktu mereka lalui penderaan.
 
“Sehelai blaus akan memaparkan kata-kata seperti ‘Tugas saya adalah untuk memastikan rumah kemas,’ atau ‘Saya tidak mampu melakukan benda yang senang – sebab itu dia menjerit’,” kata Yap. “Seseorang mangsa keganasan rumahtangga mungkin telah beritahu diri mereka perkara-perkara sebegini sebagai justifikasi deraan yang mereka terima. Tetapi mesej kami ringkas – sememangnya tiada alasan untuk keganasan.”
 
“WAO juga ingin mengiktirafkan usaha yang disumbangkan oleh individu-individu dari TBWA\ Kuala Lumpur, yang telah bekerja tanpa penat lelah untuk kempen ini,” tambah Yap.
 
Anugerah Effie, yang dianjurkan oleh Persatuan Pengiklanan Malaysia (MAA), Persatuan Agensi Penglikanan Bertauliah Malaysia (4As), dan Persatuan Pakar Media (MSA), dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), adalah anugerah paling berprestij bagi industry komunikasi.
 
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menyediakan tempat perlindungan, bantuan sosial, dan perkhidmatan kaunseling untuk mangsa-mangsa keganasan rumah tangga serta mengadvokasikan hak asasi wanita. Hubungi bantuan talian kami di 03 7956 3488 jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami penderaan, atau SMS TINA di 018 988 8058 untuk berbincang dengan seorang rakan.  Bersama-sama, kita mengubah kehidupan.


«  Back