News

You Can Make A Difference Now (YCMADN): Wanita Tidak Selamat

Posted on 31 October 2011
 

http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitatidakselamat/Article/

Hanum Rajak

Harian Metro

 

PETALING JAYA: Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) sudah membantu 125 wanita dan 100 kanak-kanak tahun lalu dengan memberi perlindungan di Rumah Perlindungan WAO manakala 18 kanak-kanak lagi ditempatkan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak (CCC).

 

Bagi Januari hingga September tahun ini, WAO turut melindungi 70 wanita dan 16 kanak-kanak daripada pelbagai kes. Antara kes itu termasuk keganasan rumah tangga, hamil luar nikah, mangsa rogol, tiada tempat tinggal, pembantu rumah asing yang didera, gangguan seksual dan pemerdagangan orang.


Tahun lalu, WAO menerima 88 kes keganasan rumah tangga yang mewakili 70.4 peratus dan 20 kes untuk hamil luar nikah iaitu 16 peratus daripada keseluruhan kes.

 

 

Menurut laporan statistik tahunan WAO, 70 peratus wanita meminta bantuan perlindungan daripada suami, pasangan, teman lelaki, ahli keluarga atau majikan.


Bagi menampung kos pengurusan, WAO memerlukan dana sebanyak RM1 juta setiap tahun untuk rumah perlindungan, CCC dan Pusat WAO (kerja advokasi).


Setakat ini WAO berjaya mengumpulkan RM700,000 tetapi masih kekurangan RM300,000 dan bagi mengumpul dana, WAO melancarkan kempen ‘You Can Make A Difference Now!’ (MAD), baru-baru ini.

 

 


«  Back