News

Joint Action Group: Pindaan kepada Akta Keganasan Rumahtangga 1994 Harus Dibuat Secara Menyeluruh

Posted on 05 October 2011
 

 Pindaan kepada Akta Keganasan Rumahtangga 1994 Harus Dibuat Secara Menyeluruh

 

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) mengalu-alukan pindaan-pindaan yang dicadangkan untuk Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta tersebut”).  Namun demikian, kami berpendapat pindaan-pindaan tersebut tidak cukup lengkap untuk melindungi mangsa-mangsa keganasan rumahtangga.

 

JAG berpendapat bahawa beberapa isu-isu penting yang telah  dibangkitkan dalam beberapa kenyataan akhbar serta memorandum-memorandum JAG  sejak 1999, masih belum diberi perhatian yang sewajarnya. Antara isu-isu tersebut adalah seperti yang berikut:

 

  • Perbuatan mengekori  mangsa dan menakut-nakutkan mangsa adalah perbuatan yang kerap berlaku dalam keganasan rumahtangga.Oleh yang demikian, kedua-kedua perbuatan tersebut perlu dirangkumkan dalam definisi perbuatan keganasan rumahtangga di dalam Akta tersebut.
  •  Kategori mangsa / pesalahlaku mesti diperluaskan untuk merangkumi keganasan antara pasangan intim, supaya perhubungan di luar skop perkahwinan turut dilindungi di bawah Akta tersebut.
  • Keganasan Rumahtangga perlu dikenalpasti sebagai satu kesalahan khusus di bawah Kanun Keseksaan.  Memandangkan pindaan ini masih belum dilaksanakan,   pertuduhan-pertuduhan di bawah Kanun tersebut masih tidak mencerminkan keberatan keganasan rumah tangga dan mempunyai ciri-ciri dimana ia berulang dan dilakukan secara berterusan. Oleh itu, keganasan rumahtangga mesti dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan supaya ia dapat diselaraskan dengan Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

 

Walaubagaimanapun, JAG turut menerima baik dan mengiktiraf pindaan-pindaan yang telah dibuat di bawah Rang Undang-undang Akta tersebut. Antaranya ialah:

 

  • Penambahan “penderaan psikologi, termasuk kecederaan emosi” kepada definisi keganasan rumahtangga. Akan tetapi, tambahan ini perlu turut dibuat kepada Kanun Keseksaan supaya definisi berkenaan adalah konsisten antara kedua-dua peruntukan undang-undang tersebut.
  • Keganasan rumahtangga perlu dijadikan kesalahan boleh tangkap, supaya pihak polis boleh bertindak menyiasat dan menangkap pesalah secara serta-merta.
  • Kuasa menangkap perlu diletakkan secara otomatik kepada setiap perintah perlindungan apabila didapati kemungkinan besar keganasan rumahtangga bakal berlaku. Ini membolehkan pihak polis menangkap suspek dengan serta-merta apabila terdapat pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap perintah perlindungan tersebut.
  • Perintah perlindungan boleh mencegah, mengekang atau melarang seseorang pesalah daripada berkomunikasi dengan orang yang dilindungi, melalui apa jua cara.

 

JAG menggesa agar ketiga-tiga perkara yang ditekankan di atas diberi perhatianyang sewajarnya , agar perlindungan secara menyeluruh dapat diberi kepada mangsa keganasan rumahtangga. Pindaan-pindaan yang dicadangkan di sini perlu dibuat kepada Rang Undang-undang tersebut sebelum Bacaan Kedua di Parlimen dibuat. Memandangkan kekurangan pada versi terkini Rang Undang-undang yang dibentangkan, ianya masih terhad dalam mencapai reformasi yang diperlukan.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif, Women's Aid Organisation, di no telefon 03 7957 5636 / 0636.

 

 

 

Disokong oleh JAG, yang dianggotai oleh:

 

Women's Aid Organisation (WAO)

PO Box 493, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 603 79575636 / 0636 Fax: 603 79563237 Email: wao@po.jaring.my

 

Women’s Centre for Change (WCC)

24-D Jalan Jones, 10250 Penang

Tel: 604 2280342 Fax: 604 2285784 Email: wcc@wccpenang.org

 

Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)

Lot 23-3, Block C, Damai Point, 88300 Kota Kinabalu

Tel/Fax: 088269291 Email: sawo.women@yahoo.com 

 

Perak Women for Women Society (PWW)

No. 52 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh
Tel/Fax: 605 5469715 Email: perakwomenforwomen@gmail.com

 

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

13 Lorong 4/48E, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 603 77844977 Fax: 603 77844978 Email: empower05@gmail.com

 

Sisters in Islam (SIS)

7 Jalan 6/10, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 603 77856121 Fax: 603 77858737 Email: sisters@sistersinislam.org.my

 

All Women's Action Society (AWAM)

85 Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 603 78774221 Fax: 603 78743312 Email: awam@awam.org.my

 

Download DOC



«  Back