News

Joint Press Statement: DEKLARASI MEI 1, 2009

Posted on 28 April 2009
 

DEKLARASI MEI 1, 2009

oleh JAWATANKUASA MEI 1, 2009

28 April 2009

 

Tahun 2009 ; Dunia dan negara sekali lagi dilanda Krisis Ekonomi yang dashyat yang akan menyebabkan lebih 50 juta warga pekerja dunia hilang pekerjaan, kemiskinan meningkat dan penindasan berleluasa. Dalam masa yang sama ramai juga rakyat bangkit menuntut kebebasan dari penindasan ini dan menyuruh kerajaan dan kapitalis bertanggungjawab terhadap krisis ini dan menyelamatkan pekerja di setipa pelusuk dunia.

Krisis ekonomi yang kita hadapi sekarang adalah yang paling teruk sejak 1930 . Eksport Negara jatuh hampir 30%. Harga komoditi penting seperti minyak, gas dan kelapa sawit turuin di pasaran dunia.. Ini bermakna pendapatan negara berkurangan. Harga barangan dan perkhidmatan asas pula melambung tinggi tanpa kenaikan gaji! Dijangka lebih 1 juta pekerja akan hilang kerja di Malaysia. Kadar pengangguran pula dijangka berganda 2 kali dari 3.1 di tahun 2008. Ini juga bererti hampir 60% keluarga di Malaysia yang kini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan akan bertambah miskin!

Apakah jalan penyelesaian daripada pihak kerajaan? Suntikan wang 67 billion untuk mengurangkan impak kegawatan. Malangnya ianya tidak disalurkan terus kepada rakyat. Hanya 2 billion diperuntukkan untuk latihan kemahiran dan peluang pekerjaan, manakala sektor swasta menerima 29 billion! 7 billion pula diberi kepada Valuecap, untuk pastikan saham di Bursa Saham tak jatuh – ertinya 7 billion wang rakyat digunakan untuk membela peniaga-peniaga yang main judi di Bursa Saham. Jelas sekali, kerajaan Malaysia hanya hendak menyelamatkan kroninya dan bukan rakyat.

Krisis ekonomi bukanlah benda yang baru. Ia merupakan kesan daripada sistem kapitalisma yang tidak terancang. Setiap 10 tahun sekali, ia akan melanda dunia dan membawa kesengsaraan kepada rakyat. Cukup sudah dengan penindasan dan kegagalan sistem kapitalisme ini. Rakyat harus menolak kapitalisma yang telah gagal berulang kali. Akibat kegagalan sistem kapitalisme ini ramai pekerja telah terkorban kerana menentangnya, namun perjuangan tidak terhenti kerana penindasan masih berterusan. Mei 1, 2009, adalah ulang tahun kebangkitan kaum pekerja 123 tahun yang lalu.

Jadi, Hari Pekerja, 1 Mei 2009 yang menjadi lambang kebangkitan kaum rakyat pekerja terhadap penindasan adalah hari yang paling bermakna kepada kita dan ia harus disambut dengan semangat solidariti! Inilah masanya kita bersatu dan menyuarakan kepada kerajaan tuntutan-tuntutan kaum pekerja.

1. Wujudkan Tabung Pembuangan Kerja Dengan Segera – Bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

2. Pastikan Pakej Stimulus kepada projek yang benar-benar memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur.

3. Kementerian Kewangan harus mengadakan perbincangan dengan bank-bank untuk menangguhkan dan mengurangkan bayaran bulanan pinjaman perumahan warga pekerja berpendapatan rendah .

4. Berikan tanah untuk Pertanian kepada pekerja yang hilang kerja untuk memulakan aktiviti pertanian .

5. Berikan Catuan Makanan – membekalkan makanan asas kepada keluarga-keluarga yang hilang pendapatan.

6. Kekalkan Cukai Korporat di tahap 27%. Pengurangan cukai ini akan menyebabkan pengalihan beban cukai kepada rakyat biasa melalui cukai baru seperti GST

7. Tunaikan Manifesto Pilihanraya terutamanya cuti bersalin, gaji minima, faedah persaraan dan lain-lain janji yang mengurangkan beban kaum pekerja.

8. Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.

9. Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Pekerja Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja.

10. Pengisthiharan Kesatuan Sekerja secara automatik dan pemansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif memudahkan pembuangan pekerja oleh majikan.

11. Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.

12. Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.

13. Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum dan jantina tetapi berlandaskan keperluan . Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

14. Hentikan rundingan semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan EU dan Amerika dan libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.

15. Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan Peneroka bandar. Mansuhkan Ordinan Darurat (Pembersihan setinggan 1969). Skim Perumahan Rakyat pada harga yang mampu dibeli, lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.

16. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.

17. Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

18. Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan

Di sokong oleh:

1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
3. Alaigal
4. KOMAS
5. Centre for Independent Journalism ( CIJ)
6. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
7. Serdang Bharu School Alumni Youth Section
8. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Johor
9. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
10. Pusat Khidmat Pekerja Tanjung (PKPT)
11. Persatuan Tamil Neri Malaysia
12. Group of Concerned Citizens
13. Monitoring Sustainability of Globalisation
14. All Women’s Action Society (AWAM)
15. EMPOWER
16. Women’s Aid Organisation (WAO)
17. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
18. Sister's In Islam
19. DEMA 20. JKMI
21. Pemuda Sosialis
22. Centre for Orang Asli Concrens ( COAC)
23. Gabungan Anak Muda & Pelajar, JERIT
24. Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
25. Ampang Socialist Arts Club
26. Gabungan Membantah FTA
27. Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI)
28. Jawatankuasa Bertindak Ladang Abaco
29. Jawatankuasa Bertindak Ladang Braemer
30 Jawatankuasa Bertindak Ladang Bangi Lama
31. Jawatankuasa Bertindak Ladang Brooklands
32. Jawatankuasa Bertindak Ladang Denudin
33. Jawatankuasa Bertindak Ladang Glengowrie
34. Jawatankuasa Bertindak Ladang Kirby
35. Jawatankuasa Bertindak Ladang Sg. Rinching
36. Kesatuan Sekerja Guppy Plastics 37. PANGGAU, Sarawak
38. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
39. Save our Sungai Selangor
40. Suara Warga Pertiwi
41. SOS(Save Ourselves)
42. Penang Watch
43. Youth for Change
44. Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, PAS
45. People’s Service Organisation (PSO)
46. Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
47. Semparuthi Iyakkam
48. Akar Anak Bangsa Malaysia (AKRAB)
49. All Liberty Collective
50. ERA Consumer
51 . FOMCA
52 Persatuan Pengguna Selangor & Wilayah Persekutuan
53. Gerakan Mahasiswa Maju (GMM/UPM)
54. Persatuan Bahasa Tionghua, UPM
55. Persatuan Bahasa Cina , UM
56. ALIRAN
57 Malaysian Tamil Foundation
58. Child Development Initiative
59. Educational Welfare and Research Foundation
60. Academy of Tamil Studies
61. Malaysian Indian Development Associations of Selangor
62. Tamil Youth Bell Club
63. Malaysian Dravidian Association
64. Hindu Youth Organization
65. Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Johor
66. Sekretariat Silat Kalimah Antarabangsa (SKA)
67. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia)
68. Parti Keadilan Rakyat

 



«  Back