News

Kesan Poligami Terhadap Wanita

Posted on 31 March 2003
 

Kesan Poligami Terhadap Wanita

19 March 2003

 

Dalam perkhidmatan kami selama 20 tahun, Pertubahan Pertolongan Wanita (WAO), selain menerima panggilan dari wanita Muslim mengenai pergelutan yang dialami akibat menjadi mangsa poligami, kami juga menerima banyak panggilan dari wanita beragama lain yang mengalami masalah yang sama. Beza antara pengamalan poligami diantara orang Islam dan mereka yang beragama lain adalah, bagi Islam ia disahkan dari segi undang-undang.

Berlandaskan pengalaman WAO, lazimnya dalam hubungan yang berunsur keganasan, seseorang suami akan mengugut untuk berkahwin lain jika isterinya tidak menurut perintahnya. Malah WAO juga mendapat aduan mengenai keadaan dimana dalam hubungan antara pasangan yang beragama lain, suami mengugut akan menganut agama Islam dan berkahwin dengan wanita Muslim. Tindakan ini seolah-olahnya menyalahgunakan agama.

Poligami telah dijadikan satu institusi. Malangnya institusi ini mempengaruhi budaya dan tindak-tanduk lelaki. Sememangnya sudah wujud satu budaya dimana kaum Adam ini melihat diri mereka sebagai lebih berpengaruh dan segala tindakan mereka tidak boleh dipersoalkan. Kini mereka ingin memperluaskan lagi dominasi tersebut. Keadaan membolehkan lelaki Islam mengamalkan poligami, telah mewujudkan satu situasi dimana lelaki sering menyalahgunakan keistimewaan ini untuk memanipulasi dan menganiayai isteri mereka.

WAO amat berbangga untuk menganggotai Gabungan Hak Wanita Dalam Islam dan memperjuangkan hak-hak wanita yang dianiayai. Malah adalah satu perkara yang mengagumkan kerana anggota-anggota gabungan ini bersatu dan mengambil pendirian bahawa monogami merupakan satu elemen penting dalam mewujudkan dan mengukuhkan satu kehidupan keluarga bahagia.

Akhir kata, WAO melihat isu poligami bukan sahaja sebagai isu umat Islam tetapi sebagai satu isu yang menjejaskan seluruh masyarakat Malaysia.

Wathshlah Naidu
Law Reform Officer



«  Back