|
KEGANASAN
RUMAH
TANGGA
Apakah
Keganasan Rumah Tangga?
Beberapa Contoh Keganasan Rumah Tangga.
Kesan Keganasan Rumah Tangga Terhadap Anak-Anak.
Memahami Keganasan Rumah Tangga.
Apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?
Bagaimana Akta Keganasan Rumahtangga dapat membantu
anda?
Bagaimana anda boleh mambantu Mangsa Keganasan Rumahtangga?
apakah
Keganasan Rumah Tangga?
Keganasan
seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang
sering berlaku apabila seorang pasangan(lazimnya lelaki) cuba untuk
mengawal atau mendominasi pasangannya.
beberapa
Contoh Keganasan Rumahtangga
- Memutuskan
perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara-maranya.
- Memalukan
wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
- Menyekat
beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
- Memaksa
wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan
dengan siapa beliau berada.
- Penderaan
fizikal atau psikologikal ( penghinaan dan tomahan)
- Menjadikan
wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan.
- Mengasingkan
wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk meninggalkan
pendera.
Walaupun
seseorang wanita yang didera itu akan cuba untuk menghentikan penderaan
terhadapnya, perubahan hanya boleh berlaku apabila pendera itu sendiri
memilih untuk berhenti dari bersifat ganas.
kesan
Keganasan Rumahtangga Terhadap Anak-Anak:
-
Kanak-kanak yang menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah menjadi
sugul atau berasa kurang berupaya/ berkuasa.
- Mereka
mungkin akan merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya.
- Mereka
mungkin akan merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi
mereka.
- Kanak-kanak
ini mungkin akan mengalami kepayahan untuk mempercayai orang lain.
- Mereka
juga mungkin bertindak agressif terhadap ibu mereka sendiri.
- Ramai
kanak-kanak yang menyaksikan penderaan ini di rumah akan samaada menyisihkan
diri mereka atau menjadi agresif. Mereka akan menjadi pasif atau membuli
kanak-kanak lain.
- Mereka
juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.
memahami
Keganasan Rumahtangga
Mengapa
lelaki memukul?
Memang
benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki
adalah pendera dan wanita menjadi mangsa.
Lelaki
memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak
demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari
wanita.
Lelaki
membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka
dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.
Selalunya,
lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka,
rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri. Mereka selalu memilih seseorang
yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat
atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya
lebih rendah dari mereka.
Teori
Kitaran Keganasan
Peringkat
Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan
Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula
Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan
berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi
kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah.
Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin
penuh kasih-sayang.
Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.

Mengapa
wanita sanggup terus tinggal?
"Pernahkah
anda merasa dalam ketakutan sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa?
Begitulah perasaannya hidup di dalam perhubungan yang menyeksakan".
Merasa
kaku akibat perasaan takut akan meningkatkan lagi keganasan dan juga
kerana survival ekonomi serta tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut,
bagaimana anda dapat meninggalkan keadaan ini?
Bolehkah
pendera itu berubah?
Lelaki
yang mendera mestilah bersedia untuk berubah.
Lelaki
memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan mempelajari
cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita.
Jika
seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap
pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan
yang dilakukan.
Dia
mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan
yang dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya.
Lelaki
boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri
beberapa sesi.
Bagaimanakah
anda tahu seseorang pendera itu sedang berubah?
Walaupun
seorang suami atau teman lelaki meminta maaf dan berjanji untuk berubah,
ini mungkin hanya merupakan tipu-helahnya untuk memujuk supaya wanita
tersebut tidak meninggalkannya. Perhatikan tanda-tanda ini sebelum mempercayai
sepenuhnya yang dia sudah atau sedang berubah:
Beberapa
tanda yang beliau sedang berubah:
-
Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara
yang menakutkan anda.
-
Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
-
Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai
keadaan?
-
Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
-
Sudahkah dia berhenti dari dari mengharapkan anda melakukan perkara
untuknya?
-
Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan
anda membantah?
-
Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah
atau mencari pekerjaan?
-
Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
-
Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
-
Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar
apa yang anda katakan?
-
Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan
menjaga anak-anak?
Beberapa
tanda yang beliau tidak berubah:
- Adakah
ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan
menyebabkan dia marah?
-
Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia
tidak bersetuju?
-
Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan
ini terhadap anda?

-
Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
-
Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia peluang
kali kedua?
-
Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa sokongan
anda?
-
Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
-
Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan tentang
masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal serta sebagainya?
-
Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi kaunseling
yang dia terpaksa hadiri?
-
Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah
tidak seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
- Adakah
dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan
Perintah Lindungan terhadapnya?
apa
Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?
Pelan
Kecemasan
-
Buat Pelan tindakan tentang apa yang anda akan lakukan dan ke mana
anda akan pergi jika anda dalam bahaya. Beritahu anak-anak anda tentang
rancangan anda jika mereka cukup matang untuk memahaminya.
-
Bawa bersama anak-anak anda jika anda boleh berbuat demikian. Jika
anda terpaksa meninggalkan mereka buat sementara waktu, pastikan mereka
boleh bersama anda secepat mungkin. Dapatkan nasihat seorang peguam
tentang hak penjagaan segera.
-
Apa jua jenis kenderaan yang anda gunakan, pastikan ia mempunyai petrol
yang mencukupi.
-
Simpan satu set kunci dan nombor-nombor kecemasan di tempat yang anda
pasti selamat.
-
Selalu pastikan yang anda ada menyimpan wang untuk membantu anda melarikan
diri.
-
Bawa bersama kad pengenalan, surat-surat penting dan ubat-ubatan yang
perlu untuk anda dan anak -anak anda.
-
Simpan senarai nombor-nombor penting yang anda boleh hubungi dan duit
anda di tempat yang tersembunyi.
-
Gunakan perkataan berkod yang anda boleh cakapkan di telefon dengan
seseorang yang anda boleh percayai apabila anda dalam bahaya.
bagaimana
Akta Keganasan Rumahtangga
Dapat Membantu Anda?
- Anda
boleh membuat aduan kepada pihak polis dan pejabat kebajikan.
-
Anda boleh tinggal di rumah perlindungan jika anda tidak berasa selamat
di rumah.
-
Anda boleh memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dari mahkamah
yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
-
Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada
perintah tersebut , jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan
anda lagi.
-
Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau
orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan
Sementara untuk mereka.
-
Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut,
beliau boleh dihukum oleh mahkamah.
bagaimana
Anda Boleh Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga?
-
Sebagai seorang kawan, nyatakan kepadanya yang dia bukan keseorangan.Wanita
teraniaya sering merasakan bahawa tiada sesiapa untuk mereka mengadukan
masalah. Berterus-terang dengannya, nyatakan syak anda dan galakkan
mereka supaya meluahkan masalahnya.
-
Jadilah " rakan telefon". Wanita sering terasing dan tidak
dibenarkan keluar.
-
Membaca dan mengedar risalah serta maklumat kepada mereka. Bincangkan
perkara ini dengan orang lain. Anda dapat menolong dengan lebih banyak
jika anda mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah ini.
-
Berbincang dengan wanita tersebut tentang pilihan yang boleh diambil
dan bantu mereka membuat rancangan yang boleh digunakan sekiranya
ada kecemasan.
-
Tunjukkan kepercayaan dan sokongan anda tidak kira apa jua keputusannya.
-
Berikan dia dan anak-anaknya tempat berehat pada waktu tengahari atau
petang ketika waktu ketegangan.
-
Menyediakan pengangkutan bagi mereka ke pusat perlindungan atau rumah
yang selamat.
-
Menolongnya menjaga anak-anaknya semasa beliau berjumpa dengan peguam
atau menghadiri perbicaraan, mencari rumah, kerja dan lain-lain.
-
Menemani mereka ke perbicaraan di mahkamah dan mengambil nota serta
menunjukkan sokongan anda.
-
Bantu beliau mencari rumah.
-
Bantu beliau memindahkan barang-barang sama ada dari rumahnya atau
dari rumah perlindungan ke kediaman barunya.
-
Menelefon pihak polis dengan segera sekiranya anda terdengar jiran
yang teraniaya/ dipukul.
bentuk-Bentuk
Keganasan Terhadap Wanita
Gangguan
Seksual
Perkosaan
Dan Keganasan Seksual
Keganasan
Rumahtangga
Penderaan
Seksual Kanak - Kanak
TALIAN BANTUAN
| Pertubuhan
Pertolongan Wanita (WAO) |
03-7956
3488 |
| Pusat
Krisis Wanita ( WCC, Penang) |
04-228
0342 |
| All
Women Action Society of Malaysia (AWAM) |
03-7957
0224 |
| TELEDERA |
1-800-883040 |
| BEFRIENDERS |
03-7956
8144 |
| P.S.
The Children |
03-74931303 |
|