
|
Apakah
Keganasan Terhadap Wanita?
apakah
Keganasan Terhadap Wanita?
Keganasan Terhadap Wanita adalah perbuatan yang menganiayai wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Keganasan Terhadap Wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ianya juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka. Keganasan Terhadap Wanita adalah satu jenayah, dan melanggar hak-hak asasi manusia. Prinsip-prinsip berkenaan mengenai Keganasan Terhadap Wanita mesti diteliti:
kategori-Kategori
Utama Keganasan
Penderaan Psikologi dan Emosi Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita boleh meninggalkan kesan buruk sama seperti penderaan fizikal kerana ianya boleh membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau mengawal kehidupan sendiri. Penderaan Fizikal Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal. Penderaan Seksual Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual. Penderaan Sosial Penderaan berbentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan dari mendapat sokongan luar. Penderaan Kewangan Seorang
wanita yang dihalang dari mencari pekerjaan atau yang tidak dibenarkan
untuk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri sebenarnya
menghadapi penderaan dari aspek kewangan. Tanpa kawalan terhadap kedudukan
kewangannya akan menyebabkan seorang wanita bergantung sepenuhnya kepada
tindakan orang lain untuk mendapatkan walaupun keperluan asas beliau.
Perkosaan Dan Keganasan Seksual
Penderaan Seksual Kanak - Kanak TALIAN BANTUAN
|
| WAO is a registered society
with tax exemption status under Registrar of Societies. WAO is a member of
the Joint Action Group against Violence Against Women and an affiliate
member of the National Council of Women's Organisations and the Malaysian
Aids Council. copyright © 2000. WAO. |