Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links | Support Us

 

GANGGUAN SEKSUAL

 

Apakah Gangguan Seksual?
Bentuk-bentuk Gangguan Seksual.
Jika Anda Adalah Mangsa.
Tanggungjawab Majikan.


apakah Gangguan Seksual?

Gangguan Seksual di tempat kerja merujuk kepada perlakuan seksual yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

bentuk-Bentuk Gangguan Seksual

Gangguan lisan

Contoh: teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik,membuat bunyi dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Gangguan dari segi isyarat

Contoh: menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.

Gangguan visual

Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.

Ganguan psikologikal

Contoh: Undangan-uundangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.

Gangguan fizikal

Sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual

.

jika Anda Adalah Mangsa

Beritahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi dan anda ingin supaya beliau berhenti berbuat demikian. Beritahunya dengan tegas agar dia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah dikatakan padanya.

Jika orang yang mengganggu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang di dalam organisasi anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bincangkan dengan pegawai personel atau kaunselor bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/ wakil kesatuan pekerja.

Anda juga boleh menulis kepada penggangu tersebut termasuk deskripsi, tarikh dan masa kelakuan yang tidak disenangi itu, kenyataan yang jelas bahawa anda mahukan beliau untuk menghentikan kelakuannya dan amaran bahawa tindakan seterusnya akan diambil jika beliau terus mengganggu anda.. Jangan lupa menandatangani surat tersebut dan tarikh anda menulis surat tersebut.

Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya.

Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti: tarikh, masa, lokasi, apa yang terjadi, apa yang dikatakan pada anda, bagaimana perasaan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya.

Jika Pengurus atau Pengawas (Supervisor) anda yang mengganggu: bincangkan dengan orang yang lebih tinggi jawatannya, kepada pegawai personel anda,wakil kesatuan pekerja di tempat anda atau dapatkan bantuan dari Kementerian Buruh yang boleh memberi kaunseling dan bantuan.

tanggungjawab Majikan

Adalah menjadi tanggungjawab majikan bagi memastikan bahawa sesebuah tempat kerja itu bebas dari sebarang bentuk gangguan seksual.

Gangguan seksual meninggalkan kesan ke atas semangat, prestasi kerja dan produktiviti seseorang pekerja. Ia meningkatkan lagi kadar cuti sakit/ ketidakhadiran dan juga boleh menyebabkan kadar pusingan tenaga kerja yang tinggi.

Kementerian Sumber Manusia telah menyediakan dan mengeluarkan Kod Praktis terhadap pencegahan dan penghapusan gangguan seksual di tempat kerja yang mengandungi garispanduan dalaman.


bentuk-Bentuk Keganasan Terhadap Wanita

Gangguan Seksual

Perkosaan Dan Keganasan Seksual

Keganasan Rumahtangga

 

Penderaan Seksual Kanak - Kanak


TALIAN BANTUAN

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488
Pusat Krisis Wanita ( WCC, Penang) 04-228 0342
All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224
TELEDERA 1-800-883040
BEFRIENDERS 03-7956 8144
P.S. The Children 03-74931303

Archive

 

 
Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links | Support Us
Women's Aid Organisation
Pertubuhan Pertolongan Wanita
P.O. Box 493 Jalan Sultan
46760 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Tel. +60 3 7956 3488
Fax. +60 3 7956 3237
Email: wao@po.jaring.my

WAO is a registered society with tax exemption status under Registrar of Societies. WAO is a member of the Joint Action Group against Violence Against Women and an affiliate member of the National Council of Women's Organisations and the Malaysian Aids Council.

Terms of Service | Privacy Policy
 copyright © 2000. WAO.