Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links | Support Us

 

Memorandum to SUHAKAM
(Malaysian Human Rights Commission)
28 August 2003

 

Memorandum Kepada SUHAKAM

We, the undersigned, are truly alarmed and distressed at the recent media spotlight on the issue of 'effeminate men', 'masculine women' and the related issue of the presence of gay, lesbian, bisexual and transgender (GLBT) individuals living and working in Malaysia. So far, the media and the public have taken a stand that is hostile towards individuals identifying as either 'effeminate men', 'masculine women' or GLBT. We are deeply concerned over the consequences of such a stand towards these individuals.

First, the impression that the media is taking a hostile stand towards these individuals is
strengthened by the fact that almost all reports so far have demonized the phenomena of 'effeminate men', 'masculine women' and GLBTs. Various sources quoted by the media denounce such individuals as 'abnormal', 'deviant' and in need of 'rehabilitation'. However, very little effort has been made to consult a cross-section of individuals identifying as 'effeminate men', 'masculine women' or GLBT to present their side of the story in a fair, balanced and responsible manner. This can only lead members of the public to conclude that in effect, the Malaysian mass media is now orchestrating a witch-hunt on 'effeminate men', 'masculine women' and GLBT. Such a witch-hunt could very well make these vulnerable and marginalized groups even more vulnerable and marginalised.

Second, we are disturbed by the link that is being made by the media between the phenomenon of 'effeminate men', homosexuality and general misconduct and a decline in moral values. This link is, at best, misguided and ill-informed, and yet the tone that is
taken by the various media reports is one of panic and disgust, demanding that citizens start policing each other to 'stamp out' such 'abnormality'. This could dangerously be interpreted as an endorsement for various individuals and bodies to invade the privacy
of citizens in order to monitor their personal lives and arbitrarily 'punish' or 'rehabilitate' them. This invasion of privacy would surely lead to various levels of human rights violations.

Third, the demonisation of 'effeminate men', 'masculine women' and GLBTs is particularly alarming because it is illustrative of the extent of media participation in the persecution of marginalized and/or minority groups. These groups are already
voiceless due to various levels of stigma and discrimination they experience from the mainstream majority, and they are made more vulnerable by such unfair representations in the media. Today, the media demonises groups based on their sexual identities,
tomorrow it could be demonizing groups on the basis of ethnicity, religion, class, nationality or political affiliation. A functioning democracy should protect its marginalized citizens, not persecute them. It should protect their rights to free expression and free association, not silence and intimidate them.

Fourth, due to the widespread stigma and discrimination already faced by 'effeminate men', 'masculine women' and GLBTs, we are worried that the media's biased representation could be interpreted as an endorsement for individuals and bodies to persecute individuals perceived or identified as such. Such persecution could manifest in various levels of violence, constituting a grave violation of human rights.

In light of these urgent concerns, we urge Suhakam:

First, to push for the protection of the human rights of individuals perceived or identified as 'effeminate men', 'masculine women' and GLBTs under the Constitution and the Universal Declaration of Human Rights.

Second, to pressure the government to repeal all laws that outlaw mutually consensual sexual behaviour between adults.

Third, to further educate citizens on constitutional provisions for the protection of the human rights of citizens and non-citizens, and to further educate the public on the principles and spirit of the Universal Declaration of Human Rights.

Fourth, to pressure the government to repeal all laws that restrict freedom of expression and freedom of information.

We hope that together, we will all be able to protect the democratic principles enshrined in the Malaysian Constitution, and strengthen the practice of a truly humane, participatory democracy in Malaysia.



Memorandum kepada Suhakam
(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia)
28 Ogos 2003

 

Kami amatlah cemas dan dukacita tentang fokus media baru-baru ini terhadap isu 'lelaki lembut', 'wanita keras' dan isu yang berkaitan iaitu kewujudan kumpulan gay, lesbian, biseksual dan trans-jantina (GLBT) yang menetap dan bekerja di Malaysia. Setakat ini, pihak media dan orang umum telah mengambil pendirian yang berseteru terhadap individu-individu yang dilihat sebagai 'lelaki lembut', 'wanita keras' atau GLBT.
Kami amatlah risau akan kesan-kesan pendirian yang begini terhadap mereka ini.

Pertamanya, persepsi umum bahawa pihak media sedang berseteru terhadap individu-individu ini dikuatkan oleh hakikat bahawa hampir kesemua liputan media
setakat ini sebenarnya bersifat menyerang dan memangsakan fenomena 'lelaki lembut', 'wanita keras' dan GLBT. Sumber-sumber yang dipetik di dalam liputan media rata-ratanya mengecam individu-individu sedemikian sebagai 'tidak normal', 'melanggar fitrah', dan perlu 'dibanteras' atau 'dipulihkan'. Walau bagaimanapun, hampir tidak ada usaha untuk merujuk kepada individu-individu yang terlibat agar mereka dapat menerangkan kedudukan mereka dengan cara yang adil, seimbang dan bertanggungjawab. Maka, pihak umum hanya dapat membuat kesimpulan bahawa media massa Malaysia sebenarnya sedang menyerang 'lelaki lembut', 'wanita keras' dan GLBT. Serangan sedemikian kemungkinan besar akan menggugat lagi kedudukan golongan-golongan ini yang sudah lemah dan terpinggir.

Keduanya, kami amatlah terganggu oleh dakwaan pihak media tentang kaitan antara fenomena 'lelaki lembut', 'wanita keras', homoseksualiti dan keruntuhan akhlak.
Paling tidak pun, kaitan ini amatlah jahil dan tidak berasas. Tetapi nada pihak media sememangnya cemas dan jijik, dan menuntut agar rakyat jelata mula mengawasi pergerakan sesetengan individu supaya dapat 'membanteras gejala' ini. Nada ini mungkin dibaca oleh sesetengah pihak sebagai sokongan untuk mereka mencerobohi kehidupan peribadi seseorang itu dengan sewenang-wenangnya untuk mengawasi segala pergerakannya. Pencerobohan peribadi ini sememangnya akan membawa kepada pelbagai tahap pencabulan hak asasi manusia.

Ketiganya, pemangsaan 'lelaki lembut', 'wanita keras' dan GLBT amatlah mencemaskan kerana ia menampakkan betapa aktifnya penglibatan pihak media terhadap penganiayaan kumpulan terpinggir atau minoriti. Kumpulan-kumpulan ini sudah tidak bersuara kerana
diskriminasi mereka hadapi daripada majoriti arus perdana, dan kedudukan mereka menjadi semakin lemah dan terpinggir akibat liputan media yang tidak adil ini. Hari ini, pihak media menganiaya minoriti seksual, besok ia mungkin akan menganiaya minoriti-minoriti berasaskan agama, kaum, pangkat, kewarganegaraan atau keahlian politik. Sebuah demokrasi sepatutnya melindungi hak-hak minoritinya, bukan menganiaya
mereka. Ia sepatutnya melindungi hak mereka untuk bersuara, bukan menyaring mereka.

Keempatnya, oleh kerana diskriminasi yang tersebar luas terhadap golongan 'lelaki lembut', 'wanita keras' dan GLBT, kami amatlah risau bahawa liputan pihak media yang berat sebelah akan dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk bertindak ganas terhadap
individu-individu yang dikenali sebagai demikian. Tindakan-tindakan ganas ini sememangnya juga merupakan pencabulan hak asasi manusia.

Oleh yang demikian, kami menggesa Suhakam agar:

Pertamanya, memastikan perlindungan hak asasi individu-individu yang dilihat sebagai atau mengaku diri mereka itu 'lelaki lembut', 'wanita keras' dan GLBT, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan Pengisytirahan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Keduanya, menggesa kerajaan untuk memansuhkan semua undang-udang yang mengharamkan perbuatan seks antara orang dewasa yang saling rela.

Ketiganya, mengajar rakyat Malaysia tentang peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak asasi rakyat dan bukan rakyat, dan juga mengajar orang umum tentang prinsip-prinsip Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Keempatnya, menggesa kerajaan untuk memansuhkan semua undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara dan kebebasan maklumat.

Kami berharap bahawa bersama-sama, kita dapat melindungi prinsip-prinsip demokratik yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, dan dapat memperkukuhkan lagi amalan sebuah demokrasi yang benar-benar berperikemanusiaan dan disertai oleh seluruh rakyat.

Endorsed by:
1. Malaysian AIDS Council (MAC)
2. Management Institute for Social Change (MINSOC)
3. PENITAJAYA Sdn Bhd (penerbit majalah PENITA)
4. Pink Triangle Foundation (PTF)
5. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
6. Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia
7. Universiti Bangsar Utama, UBU
8. Women's Aid Organisation (WAO)
9. Women's Candidacy Initiative (WCI)

Signed by 133 concerned individuals

Related News:

Archive

 
Home | About Us | Research & Advocacy | Violence Against Women | Services | News | Links | Support Us
Women's Aid Organisation
Pertubuhan Pertolongan Wanita
P.O. Box 493 Jalan Sultan
46760 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.
Tel. +60 3 7956 3488
Fax. +60 3 7956 3237
Email: wao@po.jaring.my

WAO is a registered society with tax exemption status under Registrar of Societies. WAO is a member of the Joint Action Group against Violence Against Women and an affiliate member of the National Council of Women's Organisations and the Malaysian Aids Council.

Terms of Service | Privacy Policy
 copyright © 2000. WAO.